Senggugut boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika datang haid.

1. Minum air kerap
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.

2. Elak kafein
Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.

3. Pemanas
Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.

4. Bersenam
Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

5. Air halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut.