Jom Like Page Opah!
Tuesday, April 29, 2014
Petua Simpan Kelapa Parut
Lebihan kelapa parut yang belum boleh disimpan tanpa meletakkannya di dalam peti sejuk. Caranya, masukkan kelapa di dalam bekas tapisan ( ala yang macam penapis teh tu tapi besar, yang kita buat sejatkan minyak bila goreng cucur tu...)
Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa parut.
Kemudian sejukkan
Kelapa yang sudah diwapkan ini akan tahan lama.
Tuesday, April 22, 2014
Petua / Cara Sendawakan Bayi
Hari opah nak kongsikan cara untuk sendawakan bayi. Mungkin ramai ibu ibu yang baru melahirkan atau bakal menjadi ibu kurang tahu cara untuk menyendawakan bayi.
Sendawakan bayi selepas minum susu sangat penting bagi mengelakkan bayi mengalami tersedak susu.
Sekarang ni banyak betulkan kes-kes tersedak susu sehingga menyebabkan kematian.
Anda boleh terus rujuk ke gambar atau baca penerangan opah di bawah.
3 Petua atau Cara sendawakan bayi
A.
1. Letakkan bayi di atas riba
2. Pegang dada bayi menggunakan tangan anda
3. Pegangkan dagu bayi mengunakan ibu jari dan jari telunjuk
4. Pegang kaki bayi dengan lembut jika perlu
B.
1. Tiarap bayi di atas riba
2. Biarkan perut bayi dia tas paha anda
3. Tinggikan kepala bayi lebih dari badannya biar seketika sampai sendawa
C.
1.Letakkan dagu bayi di bahu anda
2. Tepuk belakang bayi perlahan-lahan sampai mengeluarkan sendawa
Subscribe to:
Posts (Atom)