Senggugut selalunya dialami oleh sesetengah wanita ketika didatangi
haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut
boleh mengakibatkan hilang tumpuan sewaktu melakukan aktiviti atau
pekerjaan dan sememangnya mengganggu emosi wanita jika sakit berlanjutan
hingga sukar untuk dikekang kesakitannya.
Senggugut boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika datang
haid.
1. Minum air kerap
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika
haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan
kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan
otot yang kejang.
2. Elak kafein
Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.
3. Pemanas
Tuam pad/kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah
belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan
seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air
panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang
direndamkan dengan air panas.
4. Bersenam
Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya
membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang
dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika
anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran
darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat
mengurangkan senggugut.
5. Air halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema,
sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air
panas dan minum untuk melegakan senggugut.