Jom Like Page Opah!

Friday, February 28, 2014

Petua Mudah Hamil


Anak adalah mahkota kehidupan setiap pasangan yang telah berkahwin.Kehadiran anak di dalam hubungan suami isteri dapat menyerikan rumah dan menambahkan kasih sayang pasangan suami isteri. Anak juga merupakan amanah Allah SWT yang tidak ternilai yang telah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengasuh dan mendidik anak tersebut menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tapi tidak semua dari kira di berikan nikmat untuk mempunyai anak. Ada yang telah berkahwin 10 ke 20 tahun masih belum mendapat rezeki untuk menimang cahayamata. Oleh itu, kita yang mudah mendapat anak ini harus bersyukur dengan nikmat dariNya. Orang yang beriman dan percaya dengan ketentuanNya akan akur dan terima apa yang telah ditetapkan kepadanya. Tetapi kita sebagai manusia sentiasa perlu berusaha dan mencari jalan untuk mendapatkan apa yang kita hajati terutama dalam mendapatkan zuriat sebagai penyambung generasi kita.

Antara petua secara Islam yang dapat kita praktikkan ialah 

1.Petua Pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali,Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. 
(Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

2.Petua Kedua
Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya
Bagi yang mahu mencuba petua tradisional pula boleh mencuba petua ini
Petua Mudah Hamil secara tradisional
1. Hempedu arnab dihancurkan, tambah sedikit madu dan air didihan nasi.Dan minum minuman tersebut.Amalkan selalu 
2. Amalkan memakan taugeh mentak setiap hari dan makan rojak nenas sekali setiap minggu. Amalkan perbuatan ini selama 5 bulan berturut-turut.
3. Amalkan membaca Surah Alfatihah 41 kali di antara solat fardu dan dan solat sunat. Amalkan selama 40 hari berturut-turut.
Selain itu, posisi dan kedudukan sewaktu berjimak juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan sperma dapat terus berjumpa dengan ovum untuk disenyawakan.Kitaran haid juga penting bagi megetahui bila masa isteri subur.Selain itu tekanan kerja,merokok, berat badan yang berlebihan juga menyumbang kepada potensi lambat untuk hamil, seeloknya hal sebegini di elakkan.Jika masih lagi tidak hamil setelah mengamalkan petua-petua ini, opah nasihatkan berjumpalah dengan yang pakar,mungkin dengan cara moden pula yang sesuai dengan anda.
Usaha dan tawakal perlu seiringan bagi memastikan segala hajat kita tercapai!

Petua Merawat Rabun





Mata merupakah anggota badan yang sangat penting bagi kita. Ini ialah anugerah Allah SWT beri kepada kita secara percuma, jadi kita harus menjaganya sebaik mungkin. Seiring dengan pertambahan usia, mata kita akan menjadi kurang jelas dan rabun.


Mata manusia berfungsi seperti kamera bagi melihat sesuatu objek dengan jelas.
Objek yang sedang di lihat akan di fokuskan ke atas retina. Keadaan ini dapat dicapai dengan kuasa menumpu yang ada pada kornea dan kanta. 


Sebaliknya bila imej tidak difokuskan dengan tepat ke atas retina, penyakit mata iaitu rabun mata akan terjadi. Ini akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan masalah atau penyakit mata ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.

Untuk yang lebih cepat, anda boleh menggunakan kaedah pembedahan secara laser bagi merawat rabun mata. Kosnya pasti besar tapi berbaloi dengan hasilnya.Seharus sejak dari kecil lagi kita perlu banyak memakan lobak merah yang kaya dengan vitamin A bagi mengelakkan rabun.

Kita juga harus mengelak dari menonton tv atau komputer terlalu dekat kerana boleh merosakkan mata. Kalau mahu cuba yang tardisioanal, apa kata kalau anda semua cuba petua opah ni.

Petua Merawat Rabun Mata

1. Ambil secekak sayur sawi
    Sayur sawi tadi direbus bersama dengan 2 gelas air
    setelah mendidih, tutupkan api dan sejukkan airnya
    Setelah sejuk minum airnya
    amalkan 3 kali seminggu

2. Petua kedua pula, setiap kali masak nasik
    halakan wap yang keluar dari periuk nasi tu kearah mata
    jangan terlampau dekat dengan periuk ye
    Amalkan setiap kali memasak nasi

3. Amalkan melihat benda hijau seperti daun dan tumbuh-tumbuhan

Thursday, February 27, 2014

Petua Ubati Ketuat

Apa itu ketuat
Ketuat adalah sejenis penyakit kulit yang akan menyebakan kawasan yang dijangkiti itu akan mengeras. Ketuat adalah sejenis jangkitan yang menyerang tisu kulit oleh virus Human Papilloma (HPV).

Hal ini terjadi kerana virus tersebut menyerang kawasan yang mengalami luka kecil.Kebiasanya ketuat akan hilang dengan sendiri dalam tempoh yang tertentu. Ketuat boleh menjangkiti orang lain kalau tak dirawat terutama kepada orang yang mempunyai ketahan diri yang kurang dan yang tidak menjaga kebersihan diri..


Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan (sumber wiki)
  1. Ketuat biasa
  2. Ketuat kaki (Plantar warts)
  3. Ketuat filiform (Filiform warts)
  4. Ketuat planar
  5. Ketuat kelamin Genital warts

Kalau untuk rawatan moden, anda boleh guna ubat-ubatan seperti di bawah (sumber wiki)


Disini opah nak bagi beberapa petua yang boleh kamu semua amalkan sendiri

Petua Ubati Ketuat

1. Ambil sebiji betik muda, potong dibahagian tangkalnya
    Getah itu diambil dan disapukan di bahagian badan yang mempunyai ketuat
    lakukan 2 - 3 kali sehari
   dalam masa seminggu anda akan nampak hasilnya

2. Sapukan kapur ke kawasan yang bermasalah, jangan dibasuh.Ketuat akan gugur dengan sendirinya

3. Minyak menggoreng ikan juga boleh digunakan untuk mengubati ketuat. Caranya, ketika menggoreng ikan, ambil sebatang lidi dan dicelupkan ke dalam minyak tersebut. Minyak yang terlekat di lidi itu di sapu di ketuat. Lakukan selalu.

4. Cara paling mudah untuk menghilangkan ketuat adalah dengan menggunakan bara api.
    Kaedah ini agak menyakitkan. 
    Dekatkan bara api kecil pada ketuat dengan tidak menyentuh secara langsung bara              tersebut pada ketuat.Jauhkan bara sekiranya terlalu sakit. Lakukan sekali sehari sehingga beberapa hari.
    Ketuat akan hilang dalam tempoh beberapa hari kemudian.

Petua Elakkan dari Disihir




Sihir merupakan satu perbuatan jahat oleh seseorang bermotifkan dengki dan dendam untuk memudaratkan seseorang. Sihir dilakukan dengan menggunakan bantuan jin melalui khidmat bomoh atau dukun. Perbuatan sihir tergolong dalam perbuatan syirik dan sangat dilaknat oleh Allah SWT.

Dizaman sekarang ini mungkin kita merasa sudah tidak lagi ada  perkara-perkara sebegini. Tapi hakikatnya masih ada, Manusia sentiasa mencari jalan mudah terutama dalam mencari rezeki seperti cemburu dengan perniagaan orang lain yang maju dan akan cuba untuk menyihir orang tersebut. Jenis sihir ini ialah sihir pelaris. Terdapat juga sihir jenis penunduk, sihir memikat orang dan bermacam-macam lagi.

Kadangkala kita sendiri merasa diri kita disihir dan akan mendapatkan khidmat bomoh atau dukun untuk menilik dan membalas dendam terhadap orang yang menyihir. Sesungguhnya perbuatan itu tidak disukai oleh Nabi SAW.Nabi SAW pernah mengingatkan :

 "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Antara petua yang dapat opah kongsikan di sini ialah

Cara berlindung dan mengelakkan dari di sihir

1. Sentiasa membaca Al-Quran supaya di dalam rumah sering kedengaran ayat Al-Quran.
2. Membaca 3 qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) dan ditiup ke telapak tangan dan disapu keseluruh badan ketika hendak tidur.

Amalkan amalan ini berterusan di dalam kehidupan seharian dan kalau boleh jadikan aktiviti ini aktiviti wajib keluarga anda, Sesungguhnya sihir itu tidak akan terjadi tanpa izin-Nya

 Seperti firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )


Wednesday, February 26, 2014

Petua Mengubati Batuk



Definasi batuk (opah ambil dari wikipedia ye) Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.



Kesian sungguh kalau melihat anak kecil atau bayi batuk.Ini menyebabkan anak tidak dapat tidur dan akan meragam. Ada satu petua yang boleh anda gunakan untuk merawat batuk pada bayi atau kanak-kanak tanpa menggunakan ubat batuk tapi caranya hanya untuk meredakan buat sementara waktu.Sesuai untuk anak batuk secara tiba-tiba dan kita tiada ubat batuk di rumah.


Petua Mengubati Batuk

Cara sapuan
Caranya ialah dengan menggunakan bawang putih dan minyak masak. Ambil 2 ulas bawang putih dan bakar sehingga kulitnya hangus dengan menggunakan api yang sederhana. Bawang putih tadi dilenyekkan bersama dengan minyak masak.Sapukan minyak tersebut pada dada bayi atau kanak-kanak.

Untuk orang dewasa (cara makan)
Ambil 2 sudu kicap manis dan dicampurkan dengan sedikit jus limau nipis

Amalkan selalu



Petua Menghilangkan Kelemumur


Adanya kelemumur di kepala mengbuatkan kita berasa sangat tidak selesa. Selain gatal, ia juga boleh menyebabkan keguguran rambut.Tambahan jika anda bertudung,kulit kepala yang berpeluh akan bercampur dengan minyak semulajadi kulit kepala akan mengundang kepada kelemumur yang serius.Kadangkala alahan terhadap produk pencuci rambut juga boleh mengarah kepada terjadinya kelemumur dan jangan tak tahu, stress juga boleh menyumbangkan kepada kelemumur ini tau!

Antara punca-punca utama kelemumur ialah

1.Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak)

2.Psoriasis - Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala

3.Ekzema - Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.

4.Jangkitan yis malassezia - Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur

Salah satu petua yang dapat opah boleh bagi ialah dengan menggunakan limau purut atau limau nipis. Limau purut dan limau nipis senang didapati di kampung atau di pasar basah.

Petua Menghilangkan Kelemumur

Bahan-bahannya
Limau purut atau limau nipis

Caranya
Perahkan jus limau purut atau limau nipis. Sapukan ke seluruh kulit kepala, Biar selama beberapa jam. Untuk hasil yang terbaik, balutkan rambut anda dengan tuala
Cuci dengan air suam
Selain menghilangkan kelemumur, cara ini juga boleh menghilangkan sakit kepala

Petua Kurangkan Kesakitan Ketika Haid/PMS






Petua ini khas untuk gadis dan wanita diluar sana yang selalu mengalami simptom PMS atau kesakitan ketika haid.Ada sesetengah itu sampai tidak boleh bekerja atau ke kelas jika waktu ni sampai, Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis 

Senggugut primer biasanya terjadi akibat dari pada kadar pengecutan rahim yang lebih kuat daripada biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding darah yang tebal. Pengeluaran darah juga terganggu lalu menyebabkan kesakitan. Senggugut jenis ini kadang-kadang boleh hilang dengan sendirinya,terutama setelah melahirkan anak.

Antara simptom-simptom sengugut jenis ini ialah
-tegang pada payudara
-pening kepala
-rasa pitam
-perut kembung
-mual dan muntah
-cirit birit
-tekanan emosi, muram dan cepat marah

Senggugut sekumder pula kerana penyakit, contohnya penyakit Endometriosis, Fibroid dan jangkitan kuman pada pelvik. Untuk sekunder jenis ini opah nasihatkan agar cepat ke klinik kerana dengan pemeriksaan yang rapi dan teliti sahaja dan ubatan yang sesuai saja yang dapat menyembuhkannya.
 
Jadi cubalah petua opah ini.
-3 biji epal hijau 
-1 batang saderi 
-1/4 ubit bit merah. 
Kisar kesemua bahan ini dan diminum jusnya. 

Amalkan semasa PMS atau datang bulan ye!

Tuesday, February 25, 2014

Petua Mengubati Sakit Telinga


Sakit telinga merupakan satu penyakit berpunca daripada jangkitan kulat.Biasanya pesakit juga mempunyai resdung dan alah dengan makanan yang gatal seperti makanan laut. Salah satu simtom penyakit ini ialah telinga menjadi berair dan gatal-gatal dan berasa sangat sakit dan jika kronik ia akan bernanah. Jika ke klinik, doktor akan bekalkan dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat bengkak sahaja, Opah ada satu petua untuk merawat penyakit ini.Tapi petua ini hanya untuk sakit yang tidak serius ye. Jika serius sila dapatkan nasihat doktor

PETUA MERAWAT SAKIT TELINGA
Gunakan beberapa titik cuka putih atau minyak bawang putih. Caranya kapas pengorek telinga di titik dengan cuka putih atau minyak bawang putih. Satu diseluruh kawasan telinga. Lakukan selalu sehingga penyakit hilang.

Cuka dan minyak bawang putih membuatkan kawasan telinga kita bebas bakteria yang menyebabkan jangkitan

Petua Merawat Tumit Kaki Merekah



Memiliki tumit kaki yang merekah merupakan igauan ngeri kepada setiap wanita. Kurangnya meminum air kosong merupakan salah satu faktor yang memungkinkan perkara ini terjadi. Salah satu petua yang boleh digunakan untuk mengubati tumit kaki yang merekah ini ialah dengan menggunakan bawang putih. Rendamkan kaki anda selama setengah jam didalam air suam.Belah dua bawang putih dan gosokkon getahnya di kawasan yang bermasalah. Lakukan selalu sehingga masalah anda berjaya di atasi

Petua Ubati Penyakit Lelah


Seperti yang kita sedia maklum, penyakit lelah/asma ini mungkin berpunca daripada keturunan dan persekitaran yang berhabuk. Salah satu petua yang dapat opah kongsikan dengan cucu-cucu sekalian adalah dengan menggunakan susu kambing yang juga minuman kegemaran Rasulullah SAW. Ambil 1 gelas susu kambing setiap pagi dan amalkan sehingga lelah beransur pulih. Selain itu, aktiviti berenang juga adalah satu senaman yang terbaik untuk pesakit
lelah/asma.

Monday, February 24, 2014

Petua Menghilangkan Jerawat






Jerawat yang banyak dapat mengurangkan keyakinan bila kita berada di khalayak ramai. Terdapat satu petua yang dapat mengurangkan jerawat di wajah iaitu mengunakan kunyit hidup dan asam jawa.Kunyit hidup di tumbuk sehingga halus dan dicampurkan bersama asam jawa dan air.Adunkan campuran tersebut sehingga menjadi likat. Setelah campuran itu sebati, sapukan dikulit muka yang lembap, tunggu sehingga kering dan bilas sehingga bersih.

Petua Mencegah dan Merawat Arthritis



Penyakit Arthritis ialah penyakit yang menyerang bahagian sendi dan menyebabkan bahagian itu mengeras dan membengkak. Opah ada satu petua untuk merawat penyakit ini dengan cara meminum jus. Sekarangkan musim orang minum jus..Ok, ambil 1 biji epal, 1/2 inchi halia dan 3 batang lobak merah.Kisarkan semua bahan ini dan minum sekerap yang mungkin. Tawakal kepada Allah SWT jangan dilupa ye.

Petua Melembapkan Kulit Muka






Di pasaran terdapat produk untuk melembapkan kulit. Tapi berjaga-jaga, jangan sebarangan memilih produk. Terdapat produk kecantikan yang menggunakan bahan kimia yang terlarang dan akan menyebabkan kulit muka kita rosak. Opah ada satu petua yang mudah dan ringkas untuk melembapkan kulit muka. Caranya begini ambil beberapa helai kelopak kubis dan kisar sehingga sebati. Campuran tersebut bersama satu sudu madu lebah. Sapukan diseluruh kulit muka dan kawasan leher. Setelah kering, bersihkan sapuan tadi menggunakan kapas basah sehingga bersih. Insyallah..jika di amalkan salalu kulit kita pasti akan lembap secara semula jadi.

Sunday, February 23, 2014

Petua Ubati Kurap





Siapa tidak malu kalau di badan ada kurap.Kurap juga mengundang rasa gatal di kawasan tersebut. Salah satu punca kurap ialah memakai pakaian yang belum kering.Bakteria kurap mudah merebak pada kawasan lembap dan kering. Salah satu petua orang dulu-dulu yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan akar lengkuas.Akar lengkuas dibasuh bersih dan diparut. Parutan akar lengkuas itu diperah airnya. Air itu disapu kepada kawasan yang berkurap.Amalkan selalu sehingga sembuh

Saturday, February 22, 2014

Petua Cepat Dapat Jodoh



Kesibukan bekerja dan belajar menghalang sesetengah dari cucu-cucu sekalian dari bergaul dan mencari jodoh.Opah faham ajal dan maut ketentuan Allah SWT, tapi kita sebagai hambanya perlu berusaha untuk mencari jodoh.Salah satu petua yang dapat opah kongsikan ialah dengan mengamalkan Surah Yusuf. Ambil satu bekas air yang bersih dan bacakanlah surah yusuf selama 3 kali pada malam jumaat. Air tersebut hendaklah dibuat mandi selama 3 pagi berturut-turut dan di minum sebanyak 7 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.

Friday, February 21, 2014

Petua Awet Muda





Ramai orang pada masa sekarang kelihatan tua daripada umurnya. Mungkin faktor pemakanan, stress dan persekitaran mempengaruhi dan mempercepatkan kadar penuaan diri kita. Di sini opah nak bagi sedikit petua untuk awet muda. Caranya ialah dengan menggunakan daun pegaga. Dua gengam daun pegaga diambil dan dibersihkan.Tumbuk daun pegaga itu sehinnga lumat. Daun pegaga yang lumat itu dicampurkan dengan sedikit air dan di minum. Amalkan seminggu 2 atau3 kali. Insyallah, wajah kita akan sentiasa awet muda.

Petua Meredakan Sakit Gigi


Setiap orang pernah mengalami sakit gigi. Pemakanan hari ini yang sentiasa tinggi dengan kandungan gula menyebakan gigi kita mudah rosak.Tabiat yang tidak memberus gigi selepas makan juga menyumbang kearah menjadikan gigi semakin sakit.Antara petua tradional yang oleh anda cuba bagi meredakan kesakitan ini ialah dengan menggunakan belimbing buluh. Ambil sebiji belimbing buluh yang telah dicuci bersih dan di makan bersama garam.

Petua Hilangkan Bulu ketiak





Buang bulu yang tidak dingini di badan dengan cara mencukur akan mengelapkan kawsan tersebut. Terutamanya di kawasan ketiak. Terdapat banyak cara untuk menghilangkan bulu ketiak secara semulajadi, salah satunya ialah dengan menggunakan lada sulah.Ambil sedikit serbuk lada sulah dan ditumbuk bersama 3 butir kapur barus. Setelah lumat, campurkan bahan tadi dengan sedikit minyak kelapa.Sapukan campuran tadi dibahagian ketiak.Amalkan selalu.Lama kelamaan bulu tersebut akan luruh dengan sendirinya.

Thursday, February 20, 2014

Petua Ubati Demam Denggi





Demam denggi adalah penyakit yang sangat berbahaya. Ia boleh meragut nyawa jika tidak diubati atau lambat diubati. Salah satu petua yang dapat mengubati penyakit ini ialah dengan menggunakan daun pokok betik. Ambil sehelai daun pokok betik yang telah matang dan bersihkan. Tumbuh daun tersebut sehingga mengekuarkan jusnya. Minum jus tersebut atau campurkannya bersama segelas air. Selain itu anda juga boleh mengubati penyakit ini dengan memakan sup ketam.

Petua Merawat Resdung





Sesiapa yang mengalami resdung akan mengalami ketidakselesaan yang teruk di wajah mereka terutama di bahagian hidung. Mereka akan alah kepada makanan laut, habuk dan cuaca yang sejuk.Penyakit ini amat sukar diubati dan salah satu dari penyakit keturunan. Salah satu petua yang boleh digunakan oleh pesakit resdung ialah dengan menggunakan uncang teh terpakai.Caranya, ambil uncang teh ( yang basa h) terpakai tersebut dan digosokkan perlahan-lahan di muka, biar segala khasiat dari daun teh itu diserap oleh kulit muka anda. Setelah kering bilas dengan air yang bersih.Amalkan seminggu 3 kali.Selain menghilangkan resdung, cara ini juga dapat menghaluskan kulit muka anda kerana uncang daun teh itu berfungsi sebagai skrub yang menghilang sel kulit mati di wajah anda.















Mahu lebih mudah??
Gunalah Bella Formula Penawar Resdung Mujarab
Hubungi firdaus 0135001341 

Petua Elak Anak Kencing Malam





Bagi mengelakkan anak anda kencing malam, Anda boleh mengamalkan petua ini. Caranya ialah dengan menggunakan madu dan perahan lemon. Bagi anak anda satu sudu madu yang dicampurkan dengan sedikit jus lemon. Amalkan setiap pagi dan sebelum tidur. Anda juga boleh mengajar anak untuk kencing dahulu sebelum tidur, Selain itu berikan kata-kata pujian jika anak anda tidak kencing pada waktu tidur. Hal ini dapat mendorong mereka dari kencing di tempat tidur.




Wednesday, February 19, 2014

Petua Haluskan Kulit Muka





Memiliki kulit muka yang halus dan lembut menjadi idaman setiap orang baik lelaki mahupun wanita. Tidak semua orang dilahirkan dengan kulit muka yang cantik.Disini terdapat petua bagi menghaluskan kulit muka anda dari bahan semula jadi iaitu daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan dibasuh sebersihnya. Potong semua duri daun tersebut. Kulit muka hendaklah dibasahkan dengan sedikit air. Lendir lidah buaya itu disapukan di seluruh muka dan dibiarkan sehingga kering. Bilas sebersihnya. Untuk hasil yang optima, lakukan setiap malam sebagai masker.




Nak lagi mudah?? Jom try Shaklee!!
Set basic kulit cantik terdiri daripada Vitamin C dan E
Harga terendah dipasaran
Pm atau Wassup dulu untuk bincang harga
0195250915

Petua Hilangkan Strechmark






Adanya strechmark di badan semasa mengandung merupakan igauan ngeri bagi perempuan mengandung.Strechmark merupakan kesan regangan kulit yang amat susah untuk hilang.Terdapat petua bagi vara menghilangkangnya 1 sudu makan kapur makan,dicampur bersama 1 sudu makan jus limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih. Gaulkan sehingga sebati. Sapukan ditempat yang bermasalah sehingga kesan tersebut hilang.

Tuesday, February 18, 2014

Petua Kuruskan Badan





Badan yang kurus dan lansing menjadi idaman setiap wanita. Petua yang boleh gunakan ialah dengan menggunakan limau nipis atau limau kasturi. Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi, perahkan jusnya dan campurkan dengan air.Simpan didalam peti sejuk dan minum sesudah makan tengahari atau makan malam. Ditambah dengan senaman ringkas.Amalkan selalu.



Nak lagi mudah?? Jom try Shaklee!!
Set perlangsingan badan terdiri daripada Alfafa dan Lecithin
Harga terendah dipasaran
Pm atau Wassup dulu ye








Petua Melebatkan Rambut 2



Pokok pisang banyak kegunaan kepada kita. Salah satu kegunaannya ialah untuk melebatkan rambut. Tebang pokok pisang ditebang dan pada bonggolnya dikorek untuk dijadikan lubang. Lubang tersebut dibuarkan selama satu malam atau sehingga ada air di dalam lubang tersebut.Air tersebut diambil dan di sapu dikulit kepala sambil dipicit-picit lembut. Sesudah kering bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu


Petua Melebatkan Rambut



Rambut adalah mahkota setiap insan. Jadi dengan memiliki rambut yang lebat dapat menambahkan keyakinan kita.Bagi anda yang ingin melebatkan rambut boleh guna cara ini. Ambil daun lidah buaya dan dipotong tengahnya. Sapukan daun tersebut dikulit kepala. Picit-picit sedikit kulit kepala, biarkan selama 15 minit lalu cuci dengan mengunakan shampu kegemaran anda. Lakukan 3 kali seminggu.


Petua Bersihkan Buah Pinggang





Buah pinggang merupakan anggota yang amat bernilai dan tidak boleh diganti. Pemakanan kita hari ini mengandungi banyak garam dan perisa tambahan yang berbahaya kepada buah pinggang. Salah satu cara untuk membersihakan buah pinggang ialah ambil seikat daun parsley atau daun ketumbar dan dibersihkan sehingga bersih. Daun itu dipotong kecil dan direbus selama 10 minits.Tapis dan sejukkan air tersebut didalam peti sejuk dan amalkan sehari segelas.

Petua Hilangkan Sakit Tekak / Batuk







Bagi menghilangkan sakit tekak dan batuk, anda boleh mencuba petua ini dengan menggunakan bahan yang ada di dapur rumah kita. Hiris buah lemon dan halia, masukkan ke dalam balang yang bertutup. Campurkan madu asli bersama hirisan tadi dan simpan di dalam peti sejuk. Bila hendak minum, ambil satu sudu rendaman madu tadi dan masukkan ke dalam gelas, campurkan air suam dan minum setaipa hari sehingga sakit pulih






Petua Menghalau Nyamuk


Memang merimaskan kalau bila kita tidur, tidur kita diganggu oleh nyamuk.Jika hendak memasang ubat nyamuk atau menyembur aerosol penghalau nyamuk tu, takut pulak mengganggu kesihatan kita sekeluarga. Mari cuba petua ini. Ambil sebiji limau nipis, di belah dua dan dicucukkan bunga cengkih di dalamnya. Nyamuk pasti tidak datang lagi.



Monday, February 17, 2014

Petua Hilangkan Buasir 3 (Selepas Bersalin)

manjakani

Buasir boleh terjadi kepada wanita yang baru bersalin. Ini kerana, ketika dalam proses meneran, wanita meneran terlalu kuat sehinnga menyebabkan duburnya terkeluar. Ini menyebakan wanita tersebut tidak selesa dan mengambil masa yang lama untuk pulih kembali. Salah satu petua yang dapat menyembuhkan buasir jenis ini adalah dengan mengunakan buah manjakani. Buah manjakani tersebut dikeringkan dan di kisar sehingga halus dan ditampal dibahagian dubur tersebut seperti memakai bedak sejuk di muka. Disamping itu, kukus sebiji manjakani dan di makan setiap hari. Selamat mencuba

Petua Hilangkan Buasir 2

kunyit hidup


daun inai

Buasir jika tidak dirawat akan menjadi semakin teruk. Salah satu petua buasir ialah dengan menggunakan kunyit hidup dan daun inai.Kedua-dua benda ini mudah di dapati dikehidupan harian kita. Ambil kunyit hidup sebesar ibu jari bersama segengam daun inai. Kisar atau tumbuk sehingga lumat. Gentelkan sehingga menjadi seperti jamu dan disimpan di dalam peti sejuk. Amalkan setiap hari sebelum tidur.




Petua Hilangkan Buasir 1


Bagi yang mengalami buasir mesti mengalami ketidakselesaan di bahagian punggung apabila membuang air besar.Kadang-kadang hendak duduk pon tidak selesa. Antara petua yang boleh anda amalkan adalah dengan menggunakkan kulit manggis. Kulit tersebut janganlah dibuang kerana banyak khasiatnya. Kulit itu di keringkan sehingga kering, lalu direbus dengan menggunakan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan air. Amalkan selalu , disamping banyak memakan buah-buahan dan sentiasa berdoa. Insyallah mujarab!