Ketuat adalah sejenis penyakit kulit yang akan menyebakan kawasan yang dijangkiti itu akan mengeras. Ketuat adalah sejenis jangkitan yang menyerang tisu kulit oleh virus Human Papilloma (HPV).
Hal ini terjadi kerana virus tersebut menyerang kawasan yang mengalami luka kecil.Kebiasanya ketuat akan hilang dengan sendiri dalam tempoh yang tertentu. Ketuat boleh menjangkiti orang lain kalau tak dirawat terutama kepada orang yang mempunyai ketahan diri yang kurang dan yang tidak menjaga kebersihan diri..
Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan (sumber wiki)
- Ketuat biasa
- Ketuat kaki (Plantar warts)
- Ketuat filiform (Filiform warts)
- Ketuat planar
- Ketuat kelamin Genital warts
Kalau untuk rawatan moden, anda boleh guna ubat-ubatan seperti di bawah (sumber wiki)
- Salap asid salisilik
- Terapi cryo
- Podophyllin
- Interferon & asid trichloracetic (TCA)
- Pembedahan membuang ketuat
Disini opah nak bagi beberapa petua yang boleh kamu semua amalkan sendiri
Petua Ubati Ketuat
1. Ambil sebiji betik muda, potong dibahagian tangkalnya
Getah itu diambil dan disapukan di bahagian badan yang mempunyai ketuat
lakukan 2 - 3 kali sehari
dalam masa seminggu anda akan nampak hasilnya
2. Sapukan kapur ke kawasan yang bermasalah, jangan dibasuh.Ketuat akan gugur dengan sendirinya
3. Minyak menggoreng ikan juga boleh digunakan untuk mengubati ketuat. Caranya, ketika menggoreng ikan, ambil sebatang lidi dan dicelupkan ke dalam minyak tersebut. Minyak yang terlekat di lidi itu di sapu di ketuat. Lakukan selalu.
4. Cara paling mudah untuk menghilangkan ketuat adalah dengan menggunakan bara api.
Kaedah ini agak menyakitkan.
Dekatkan bara api kecil pada ketuat dengan tidak menyentuh secara langsung bara tersebut pada ketuat.Jauhkan bara sekiranya terlalu sakit. Lakukan sekali sehari sehingga beberapa hari.
Ketuat akan hilang dalam tempoh beberapa hari kemudian.
No comments:
Post a Comment