Anak adalah mahkota kehidupan setiap pasangan yang telah berkahwin.Kehadiran anak di dalam hubungan suami isteri dapat menyerikan rumah dan menambahkan kasih sayang pasangan suami isteri. Anak juga merupakan amanah Allah SWT yang tidak ternilai yang telah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengasuh dan mendidik anak tersebut menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Tapi tidak semua dari kira di berikan nikmat untuk mempunyai anak. Ada yang telah berkahwin 10 ke 20 tahun masih belum mendapat rezeki untuk menimang cahayamata. Oleh itu, kita yang mudah mendapat anak ini harus bersyukur dengan nikmat dariNya. Orang yang beriman dan percaya dengan ketentuanNya akan akur dan terima apa yang telah ditetapkan kepadanya. Tetapi kita sebagai manusia sentiasa perlu berusaha dan mencari jalan untuk mendapatkan apa yang kita hajati terutama dalam mendapatkan zuriat sebagai penyambung generasi kita.
Antara petua secara Islam yang dapat kita praktikkan ialah
1.Petua Pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali,Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa
2.Petua Kedua
Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya
Bagi yang mahu mencuba petua tradisional pula boleh mencuba petua ini
Petua Mudah Hamil secara tradisional
1. Hempedu arnab dihancurkan, tambah sedikit madu dan air didihan nasi.Dan minum minuman tersebut.Amalkan selalu
2. Amalkan memakan taugeh mentak setiap hari dan makan rojak nenas sekali setiap minggu. Amalkan perbuatan ini selama 5 bulan berturut-turut.
3. Amalkan membaca Surah Alfatihah 41 kali di antara solat fardu dan dan solat sunat. Amalkan selama 40 hari berturut-turut.
Selain itu, posisi dan kedudukan sewaktu berjimak juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan sperma dapat terus berjumpa dengan ovum untuk disenyawakan.Kitaran haid juga penting bagi megetahui bila masa isteri subur.Selain itu tekanan kerja,merokok, berat badan yang berlebihan juga menyumbang kepada potensi lambat untuk hamil, seeloknya hal sebegini di elakkan.Jika masih lagi tidak hamil setelah mengamalkan petua-petua ini, opah nasihatkan berjumpalah dengan yang pakar,mungkin dengan cara moden pula yang sesuai dengan anda.
Usaha dan tawakal perlu seiringan bagi memastikan segala hajat kita tercapai!
No comments:
Post a Comment