Jom Like Page Opah!

Thursday, February 27, 2014

Petua Elakkan dari Disihir




Sihir merupakan satu perbuatan jahat oleh seseorang bermotifkan dengki dan dendam untuk memudaratkan seseorang. Sihir dilakukan dengan menggunakan bantuan jin melalui khidmat bomoh atau dukun. Perbuatan sihir tergolong dalam perbuatan syirik dan sangat dilaknat oleh Allah SWT.

Dizaman sekarang ini mungkin kita merasa sudah tidak lagi ada  perkara-perkara sebegini. Tapi hakikatnya masih ada, Manusia sentiasa mencari jalan mudah terutama dalam mencari rezeki seperti cemburu dengan perniagaan orang lain yang maju dan akan cuba untuk menyihir orang tersebut. Jenis sihir ini ialah sihir pelaris. Terdapat juga sihir jenis penunduk, sihir memikat orang dan bermacam-macam lagi.

Kadangkala kita sendiri merasa diri kita disihir dan akan mendapatkan khidmat bomoh atau dukun untuk menilik dan membalas dendam terhadap orang yang menyihir. Sesungguhnya perbuatan itu tidak disukai oleh Nabi SAW.Nabi SAW pernah mengingatkan :

 "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Antara petua yang dapat opah kongsikan di sini ialah

Cara berlindung dan mengelakkan dari di sihir

1. Sentiasa membaca Al-Quran supaya di dalam rumah sering kedengaran ayat Al-Quran.
2. Membaca 3 qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) dan ditiup ke telapak tangan dan disapu keseluruh badan ketika hendak tidur.

Amalkan amalan ini berterusan di dalam kehidupan seharian dan kalau boleh jadikan aktiviti ini aktiviti wajib keluarga anda, Sesungguhnya sihir itu tidak akan terjadi tanpa izin-Nya

 Seperti firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )


No comments:

Post a Comment