Antara punca-punca utama kelemumur ialah
1.Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak)
2.Psoriasis - Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala
3.Ekzema - Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.
4.Jangkitan yis malassezia - Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur
Salah satu petua yang dapat opah boleh bagi ialah dengan menggunakan limau purut atau limau nipis. Limau purut dan limau nipis senang didapati di kampung atau di pasar basah.
Petua Menghilangkan Kelemumur
Bahan-bahannya
Bahan-bahannya
Limau purut atau limau nipis
Caranya
Perahkan jus limau purut atau limau nipis. Sapukan ke seluruh kulit kepala, Biar selama beberapa jam. Untuk hasil yang terbaik, balutkan rambut anda dengan tuala
Cuci dengan air suam
Selain menghilangkan kelemumur, cara ini juga boleh menghilangkan sakit kepala
No comments:
Post a Comment