Jom Like Page Opah!

Saturday, March 1, 2014

Petua Melembut dan Menghaluskan Kulit Badan


Pasti ramai antara kita yang mengimpikan kulit badan yang halus dan gebu. Terdapat bermacam produk di pasaran yang boleh kita cuba.Tapi mungkin produk itu mahal dan tidak semua dari kita mampu membelinya. Sebenarnya kita boleh menghasilkan skrub badan kita sendiri dari barangan yang berada di sekeliling kita. Dah tentu lagi menjimatkan dan bersifat semulajadi.

Petua Melembut dan Menghaluskan Kulit Badan

Petua 1
Bahan-bahanya
2 gengam hampas kelapa

Cara
Semasa mandi, gosokkan hampas kelapa itu di seluruh badan.Gosok dengan lembut sehingga semua daki di badan hilang.Bilas dengan air bersih dan jika mahu boleh sabun badan dengan sabun badan kegemaran anda. Selain menghaluskan kulit. Cara ini juga dapat menyegarkan badan. Cubalah!

Petua Ke 2
Bahan-bahannya
susu bayi
Madu
air

Cara
Bancuh susu bayi bersama madu dan air
Sapu ke seluruh kulit badan
biarkan selama 5-10 minit atau sehingga kering
Setelah itu basuh dengan air suam dan berselawat ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali.
Amalkan seminggu sekali jntuk hasil yang mengagumkan.

No comments:

Post a Comment