Jom Like Page Opah!

Friday, March 7, 2014

Petua merawat penyakit kuning pada bayi baru lahir.

Bayi baru lahir mudah untuk mengalami penyakit kuning, nama lain bagi penyakit ini ialah Jaundis,penyakit ini amat berbahaya kerana ia menyerang otak bayi tersebut dan jika tidak dirawat boleh mengakibatkan kecacatan kekal.
Lebih 50-60 % bayi baru lahir mengalami penyakit ini.Penyakit ini berpunca dari kandungan bilirubin yang tinggi di dalam darah bayi.


Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan. Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. 
Bayi jaundis juga akan kerap tidur.Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. 
Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja. 


Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.
Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.

Ibu-ibu harus kerap menyusukan bayi, lebih kerap lebih bagus. Hal ini kerana kita mahu bayi sentiasa buang air besar kerana kandungan Birulin itu juga keluar melalui najis.

Petua Tradisional Merawat penyakit kuning bayi


  • Mandikan bayi dengan air rebusan pokok dukung anak. Pokok ini  banyak terdapat di kawasan kampung
  • Lapikkan tempat tidur bayi dengan sehelai daun sukun.Petua ini opah dapat dari kaum orang asli.
  • Jemurkan bayi di bawah cahaya matahari pagi selama lebih kurang 15 minit setiap hari.


1 comment:

  1. boleh juga mandikan bayi tersebut dengan air daun pokok belimbing buluh:

    rebuskan dalam 5 tangkai (bukan daun ye) dalam periuk sedang atau cukup untuk bayi mandi sampai air tersebut bertukar warna, sejukan dan dimandikan waktu pagi & petang. Sekali rebusan untuk sekali mandi..

    ReplyDelete