Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, selain itu kehadirannya juga menambah seri dalam kehidupan. Setiap pasangan mengimpikan anak yang sihat dan comel bagi menyambung warisan mereka.
Tetapi adakalanya,kita tidak mendapat jantina anak yang diingi, sebagai contoh sudah punya 4 anak tapi ksemuanya perempuan atau sebaliknya.Tidak salah untuk berusaha mendapatkan jantina anak yang diingini selagi tidak bertentangan dengan hukum.
Untuk pengetahuan XX merujuk kepada kromosom perempuan dan XY merujuk kepada kromosom lelaki.
Bagi mendapatkan cahaya mata perempuan terdapat bermacam faktor yang mempengaruhinya. Terutamanya faktor pemakanan. Ibu seharusnya banyak mengambil makanan:
Faktor Pemakanan
- Makanan yang kaya dengan lemak dan makanan dari produk tenusu seperti yogurt,cheese dan susu.
- Makanan yang masam dan berasid seperti mangga, nenas, limau, cuka dan minuman bergas adalah digalakkan.
- Amalkan sayuran hijau seperi bayam, brokoli,biji bunga matahari dan biji bijan.
- Makanan laut adalah tidak digalakkan.
- Berdoa dan berniat kepada Allah SWT.
- Selepas bersama suami, terus palingkan badan ke arah kiri seberapa lama yang boleh. In sya allah!
- Isteri tidak perlu perolehi kepuasan yang tinggi sewaktu bersama kerana badan mengeluarkan keadaan berasid yang merangsang pergerakkan sperma X.
Apa-apa pun bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi daripada yang Maha Esa.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan
memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia
menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
No comments:
Post a Comment