Jom Like Page Opah!

Friday, March 14, 2014

Petua menghadapi musim jerebu


Musim panas sekarang ini diburukkan lagi dengan kes jerebu yang semakin teruk. Ada sesetengah kawasan di negara kita telah mencatatkan index IPU yang tidak sihat. Bila keluar rumah sekarang ini dah rasa macam di oversea pula ketika musim salji,yang bezanya cuma cuacanya yang panas dan tiada salji pemandangan dah sama.Bacaan index IPU yang opah ambil dari Portal IPU Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan 'tidak sihat' antaranya, Banting, Kuala Selangor (162), Nilai (162), Putrajaya (145), Batu Muda, KL (135) Petaling Jaya (135) dan Shah Alam (132).Ini bacaan ketika artikel ini ditulis ye( 13/03/14)

Penunjuk Index IPU

0 – 50 Baik 
51 – 100 Sederhana 
101 – 200 Tidak Sihat 
201 – 300 Sangat Tidak Sihat 
301 – 500 Berbahaya 


Antara cara dan petua yang boleh opah cadangkan adalah seperti dibawah. Harap semua dapat mengikutinya dan bagi mengelakkan penyakit menyerang badan kita.



PETUA MENGHADAPI MUSIM JEREBU

1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

3. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

4. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah,Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

5. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

6. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

7. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

8. Gunakan aircond di dalam kenderaan. Jangan buka cermin kereta sekiranya tidak perlu.


Bagi yang berminat boleh ke link ini
1. Petua Menghilangkan Batuk dan Sakit Tekak
2. Petua Menghilangkan Penyakit Lelah

No comments:

Post a Comment