Jom Like Page Opah!

Monday, March 31, 2014

Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Sungai

Ikan sungai seperti keli, haruan dan puyu sangat sedap di makan. Ikan keli dan haruan boleh di buat kari dan ikan puyu boleh di buat asam pedas bersama ubi.wah...dah terliur opah sampai taip petua ni.hehehe...

Tapi tak ramai yang sanggup untuk memasaknya dan membasuhnya, kerana membasuh ikan sungai ini perlu ada cara dan petuanya kerana kalau salah basuh baunya sangat kuat dan kita mungkin tak lalu nak makan makanan tersebut.

Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Sungai



1. Setelah ikan di siang, rendamkannya ke dalam air garam kasarselama 15 minit. Setelah itu, cuci ikan dan gaulkan pula dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan seketika dan cuci denga air bersi sebelum memasak.



2. Setelah di siang, rendamkan bahagian ikan tersebut dengan perahan limau nipis selama 20-30 minit. Setelah itu cuci sebersihnya dengan air.



3. Bagi menghilangkan bau dan lendir ikan, ambil beberapa pucuk jambu batu dan ramaskan. Gaulkan bersama bahagian ikan yang di potong. Biar seketika dan basuh sebersihnya dengan air bersih.



4. Bagi menghilangkan bau dan lendir ikan, ambil beberapa daun pisang dan ramaskan. Gaulkan bersama bahagian ikan yang di potong. Biar seketika dan basuh sebersihnya dengan air bersih.

5. Untuk ikan goreng, seperti biasa gaulkan kunyit dan garam sebelum mengoreng. Pasti tidak akan hanyir walaupon ikan sudah sejuk


No comments:

Post a Comment