Sempena dengan hari jumaat yang mulia ini
Opah nak bagi petua atau amalam yang patut anda semua amalkan dari sekarang
memandangkan kita semua sudah berada di penghujung zaman
amalan surah Al-kahfi ini dapat mengelakkan kita dari fitnah dajal
selamat mengamalkannya
Zaman Fitnah.
Telah dekat suatu zaman, hadirnya banyak fitnah besar... Fitnah itu akan menyebabkan keluarga saling tidak mempercayai sesama keluarga, jiran bergaduh sesama jiran, kenalan saling bertikaman. Fitnah yang amat dahsyat itu akan tiba tatkala zahirnya Dajjal.
Datangnya dajjal setelah banyak peristiwa aneh berlaku sebelumnya, antaranya....
1. Keringnya sebuah sungai dan timbulnya banyak perbendaharaan berharga, lalu tercetusnya perebutan antara mereka yang menemui perbendaharaan tersebut.
2. Kesemua yang berebut itu akan mati dan gagal kecuali satu orang sahaja. (1 & 2 sedang berlaku).
3. Kemarau selama 9 bulan (di Malaysia dah terjadi hampir 3 bulan).
4. Berlakunya banyak gempa bumi di serata dunia (dah berlalu).
5. Meletusnya banyak gunung berapi (dah berlalu).
6. Berlakunya perubahan cuaca yang mengejut (dah berlalu).
7. Terjadinya satu situasi dimana umat Islam dihurungi oleh ramai pihak lantas dijamah beramai-ramai (sudah dan sedang berlaku di beberapa negara).
Maka, ketahuilah setelah kesemua di atas tamat terjadi, akan muncul satu pasukan dari arah Syam yang bernama As-Sufyani lantas mereka akan diiringi oleh sepasukan askar dari kalangan Bani Kalb. Mereka akan menyerang Kufah dan menuju ke Hijaz.
Ketahuilah, mereka itu adalah proksi besar tentera Dajjal....! Merekalah antara yang akan membawa fitnah itu ke banyak tempat.
Maka, apabila terjadinya fitnah itu, tinggallah kalian di dalam rumah-rumah kalian dan selimutilah diri kalian sehingga tidak terdengar akan kalian fitnah tersebut. Sekiranya tidak mampu, maka larilah ke hutan-hutan dan makanlah apa yang ada walaupun terpaksa memakan akar-akar kayu dan gigitlah sunnah bagaikan menggigitnya dengan gigi geraham.
Pesanan ini dibawakan oleh saya yang masih belum mengamalkan kesemuanya. Sama-sama berpesan sementara masih punya kesempatan. Jika anda tidak yakin terhadap mana-mana 7 point di atas, bolehlah bertanyakan kepada mana-mana tuan-tuan guru yang ada.
-bradokapak-
Nukilan di atas ni hasil daripada bardo kapak. Anda semua boleh ke blog beliau di sini
Ayat 1-10 Surah Al-Kahfi
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa
yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya
dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Pada lafaz Tirmidzi: “Barangsiapa
menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadis hasan.”
Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu
Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : “Barangsiapa
yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah
Dajjal.”
10 Ayat Terakhir surah Al-Kahfi
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan
Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah
Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
No comments:
Post a Comment