Jom Like Page Opah!

Tuesday, March 18, 2014

Petua Mata Sihat Bersinar




Petua opah hari ini ialah mengenai kesihatan dan kecantikan mata.Mata amat penting bagi kita, bayangkan hidup anda tanpa mata, mesti gelap gelitakan?Justeru itu menjaga kesihatan mata amat penting.Mata yang cantik dan sihat juga dapat menambahkan seri wajah. Mesti ramai yang tergoda dengan orang yang bermata cantik. bak kata pepatah dati mata turun ke hati..Disini ada 4 Tips dan petua menjadikan mata sihat, berseri dan cantik bersinar

Makan sayuran hijau
Syuran hijau mengandungi antioksidan yang tinggi. Khasiat daripada syuran hijau memberikan nutrien kepada mata dan membuatkan tubuh sihat, segar dan menawan.

Pakai kaca mata hitam
Sinar UV(Ultraviolet) dapat meningkatkan risiko menghidap katarak dan melanoma. Anda digalakan memakai kaca mata hitam ketika melakukan aktiviti luar, memandu dan bercuti. Pilih kaca mata hitam yang mempunyai perlindungan UVA(long wave ultraviolet A) dan UVB(short wave ultraviolet B).

Lakukan Pemeriksaan
Lakukan pemeriksaan mata secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan tahap kesihatan mata. Jika ada masalah, ia dapat dikesan awal dan rawatan segera dapat menyelamatkan mata anda.

Berhenti merokok
Bukan lelaki sahaja mempuyai tabiat merokok, ramai juga wanita yang terjebak dengan aktiviti ini. Merokok memberi kesan sangat negatif kepada mata, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf optik.

No comments:

Post a Comment