Jom Like Page Opah!

Monday, March 17, 2014

Petua Berhenti Merokok


Ramai antara kita yang mahu berenti merokokkan, tapi tak tahu caranya. Kat sini opah akan bagi 1 petua tradisonal dan juga 8 tips bagi menghilangkan ketagihan merokok. Tapi semua ini bergantung kepada diri anda sendiri, harus ada keyakinan dan keinginan yang kuat untuk berenti, Jika melalui paksaan ibubapa atau sesiapa pun,pasti akan susah untuk berenti melainkan dengan niat diri kita sendiri. Ok, mari kita lihat petua tersebut!

Petua Tradisional Berhenti Merokok

 Makan 5 biji buah pelaga dan 2 biji cengkih setiap hari selama
seminggu. InsyaAllah tabiat merokok dapat diberhentikan sedikit demi
sedikit, seterusnya berhenti keinginan merokok

Sekarang kita lihat 8 tips bagi menghilangkan ketagihan merokok

 8 Tips menghilangkan ketagihan Merokok

1. Melengah-lengah
Ambil masa untuk menghisap rokok . Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda 'tunggu sekejap' setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air kosong atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

No comments:

Post a Comment