Jom Like Page Opah!

Monday, March 3, 2014

Petua Menghilangkan kesan darah pada pakaian/baju,


Kesan darah amat sukar dibersihkan jika terkena pakaian, ia akan meninggalkan kesan kotor dan akan menyebabkan kita segan dan tak mahu memakai lagi pakaiana tersebut.

Jika dibasuh terlalu lama pula akan menyebakan pakaian kita pudar warnanya dan kain akan mereput di sebabkan tindak balas dengan sabun.
Petua yang boleh opah kongsikan kepada semua ialah dengan menggunakan sabun mandi dan garam kasar. Kedua-dua bahan ini mudah di dapati di kehidupan harian kita

Petua Hilangkan kesan darah pada pakaian

1. Gosokkan sabun mandi di kawasan yang terkena darah
    Biarkan seketika
    Basuh seperti biasa dan lakukan selalu
    Lama kelamaan kesan tersebut akan hilang.

2. Ambil segenggam garam kasar dan dilarutkan ke dalam sebaldi air
    Rendam baju yang terkena darah semalaman
    Basuh baju seperti biasa.

No comments:

Post a Comment