Jom Like Page Opah!

Thursday, March 13, 2014

Petua Memilih Buah Durian

 



Kali ini opah nak bagi petua untuk buah durian pula. Buah durian memang sedap di makan mentah, bersama pulut atau di buat bubur atau serawa. Bagi kawasan yang banyak buah ini, mereka akan jadikan sebagai lempok dan tempoyak.Tapi ramai yang suka makan je, nak pilih tak tau..bukan salah anda sebab bukan semua kita ada pokok durian kat belakang rumah!

Kat sini opah nak bagi beberapa petua yang mungkin boleh anda aplikasi kan ketika nak memebeli raja buah ini

1. Tengok duri durian
Cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri melambangkan isi buah tersebut.Lagi satu, cuba perhatikan ada atau tidak anak duri di buah tersbut. Dan jika ada, buah tersebut adalah manis.

2. Angkat dan goncangkan
Cuba angkat dan goncangkan, jika beratnya berpadanan dengan saiz buah maka buah tersebut masih elok isinya dan jika ringan buah tersebut mungkin telah lama dan tidak elok. Dan bila di goncangkan terdapat bunyi didalamnya maka isinya adalah elok.

3. Cium Bau Buah
biasanya buah yang dah masak dengan eloknya kan mengeluarkan bau wangi sampai anda tak sabar-sabar nak makan. Kalau yang tiada bau itu maknanya belum masak dengan sempurna dan jika dah berbau ala-ala tempoyak tu ialah durian yang lama. Sekarang pilihlah yang aman yang anda suka

4.Tangkai Buah Durian
Cuba perhatikan tangkai buah, cuba cubit dengan kuku, jika masih berlendir atau ada kesan hijau, maka buah tersbut masih baru gugur 2 3 jam yang lepas. Jika tangkainya sudah berwarna coklat atau kecut,durian itu telah lama

5. Bontot Buah
Jika bontot buah sudah merekah dan berwarna hitam,jangan la beli ye, buah itu dah tidak elok dan dah dimasuk angin. Buah itu dah sesuai dijadikan tempoyak

6. Pukul kulit buah
Cuba pukul kulit buah itu dengan pisau, jika berbunyi padat dan berat maka buah itu telah matang.

7. Keadaan Kulit Buah Durian
Jika terdapat lubang di kulit walaupon kecil, janganlah beli sebab buah itu dan dimasuki ulat

8.Rupa bentuk buah
Jika tak semetri bermaksud isi didalamnya tidak banyak,tapi tak bermakna tak sedap ye


No comments:

Post a Comment