Jom Like Page Opah!

Tuesday, March 25, 2014

4 Petua Meredakan demam pada bayi dan kanak-kanak

 


Hari ini opah nak bagi petua buat ibubapa yang masih mempunyai anak yang masih bayi atau kecil. Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:

  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.
Antara petua tradisonal yang dapat kita amalkan melalui barang disekeliling kita ialah

4 Petua Meredakan demam pada bayi dan kanak-kanak

1. Minum Air Kelapa Muda
Minum air kelapa 2 kali sehari sampai panas badan hilang.

2. Bawang Merah
Tumbuk bawang merah dan airnya disapu pada badan anak
Jika mengikut orang-orang lama,air bawang itu campur minyak masak sapu dan di sapukanpada dada dan punggung

3. Asam Jawa
Jika tiba-tiba anak demam kuat, susah nak pi klinik ngan cepat, jaram ngan air jawa
sapu pada ubun2 dan seluruh kepala biaq kering sendiri
lakukan sampai panas hilang

4. Ubi Kayu
ambil sebuku ubi kayu, kupas dan cuci bersih
parut dan parutan tu letakkan kat dahi kanak2
bila kering ganti baru sampai panas hilang

5. Daun Bunga Raya
Daun tersebut diramas sehingga berlendir
lendir itu disampukan di kepala, biar kering sendiri
ulang sampai panas hilang

6. Jelum kepala anak anda selalu dan biarkan kering dengan sendirinya
Lakukan sehingga panas hilang

No comments:

Post a Comment