Ikan sungai seperti keli, haruan dan puyu sangat sedap di makan. Ikan keli dan haruan boleh di buat kari dan ikan puyu boleh di buat asam pedas bersama ubi.wah...dah terliur opah sampai taip petua ni.hehehe...
Tapi tak ramai yang sanggup untuk memasaknya dan membasuhnya, kerana membasuh ikan sungai ini perlu ada cara dan petuanya kerana kalau salah basuh baunya sangat kuat dan kita mungkin tak lalu nak makan makanan tersebut.
Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Sungai
1. Setelah ikan di siang, rendamkannya ke dalam air garam kasarselama 15 minit. Setelah itu, cuci ikan dan gaulkan pula dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan seketika dan cuci denga air bersi sebelum memasak.
2. Setelah di siang, rendamkan bahagian ikan tersebut dengan perahan limau nipis selama 20-30 minit. Setelah itu cuci sebersihnya dengan air.
3. Bagi menghilangkan bau dan lendir ikan, ambil beberapa pucuk jambu batu dan ramaskan. Gaulkan bersama bahagian ikan yang di potong. Biar seketika dan basuh sebersihnya dengan air bersih.
4. Bagi menghilangkan bau dan lendir ikan, ambil beberapa daun pisang
dan ramaskan. Gaulkan bersama bahagian ikan yang di potong. Biar
seketika dan basuh sebersihnya dengan air bersih.
5. Untuk ikan goreng, seperti biasa gaulkan kunyit dan garam sebelum mengoreng. Pasti tidak akan hanyir walaupon ikan sudah sejuk
Jom Like Page Opah!
Monday, March 31, 2014
Sunday, March 30, 2014
Petua Menghilangkan Gatal Batang Keladi
Hari ini opah nak bagi petua macam mana nak hilangkan gatal di batang keladi. Bagi yang tak tahu, keladi amat susah nak di masak dan di cuci, kalau tak ekna gaya boleh gatal. Sebab apa yang gatal jangan tanya opah sebab opah pon tak tahu.hehehe...
Batang keladi amat sedap di masak asam pedas, campur sedikit dengan isi ikan
wah...berpinggan tambah nasi.
Ok, Petuanya adalah dengan memasukkan pelepah pisang bersaiz satu inci ke dalam masakan. Pasti gatal keladi akan hilang!
Satu lagi petua, masa sedang memasak tu, masukkan kapur makan atau buah pinang di dalam masakan.Letakkan ia semasa masakan tengah mengelegak. Selamat mencuba
Thursday, March 27, 2014
Petua Memutihkan Gigi Secara Semulajadi, Cepat dan Mudah
Cara Memutihkan Gigi Secara Semulajadi dan Cepat yang akan opah
jelaskan kali ini berdasarkan sumber dari beberapa sumber internet dan
dari pengalaman opah secara peribadi. Gigi yang kuning sering kali menjadi
penyebab seseorang segan dan susah dalam bergaul, selain itu gigi yang
kuning juga menandakan bahwa gigi tersebut tidak sihat dan dapat
mengganggu kesihatan anggota tubuh lainnya seperti mulut dan gusi.
Cara memutihan gigi berikut ini sebenarnya tidak perlu anda lakukan jika
anda rajin membersihkan dan merawat gigi. Namun bagi anda yang sudah
terlanjur mempunyai gigi berwarna kuning, sebaiknya anda semak beberapa
tips bagi memutihkan gigi ini :
Apa penyebab gigi Anda berwarna kuning?
Sebelum kita membahas bagaimana cara memutihkan gigi yang berwarna
kuning, terlebih dahulu kita harus mengetahui hal apa saja yang bisa
menyebabkan gigi kita berwarna kuning / tidak sehat, diantaranya :
- Malas menggosok gigi atau cara menggosok gigi adalah tidak betul
- Selalu meminum kopi dan teh juga dapat menyebabkan gigi menjadi kuning
- Bagi perokok, ternyata efek nikotin membuat gigi menjadi kuning
- Pemakaian ubat titis mata secara berlebih
- Sering minum minuman suplement atau minuman penambahtenaga
- Memakai ubat pemutih gigi yang tidak sesuai, dsb.
1. Memutihkan Gigi dengan Memakai Kayu Sugi
Merawat gigi juga dapat dilakukan dengan menggunakan kayu sugi. Cara ini sudah dilakukan kaum muslim sejak zaman
dahulu untuk menjaga kebersihan dan kekuatan gigi. Semua dahan atau akar
pohon boleh digunakan untuk bersugi jika memenuhi syarat iaitu lembut
dan harus terjaga kebersihannya.
2. Memutihkan Gigi dengan Memakai Arang Kayu
Tips memutihkan gigi selanjutnya adalah dengan menggunakan arang
kayu. Aneh memang, memutihkan gigi dengan benda yang jelas-jelas
berwarna hitam. Cara ini memang termasuk cara yang tradisional namun berkesan menghilangkan warna kuning. Tapi Anda juga harus berhati-hati
dalam memakai arang kayu, penggunaan secara berlebih dapat merosak enamel
gigi dan menyebabkan rasa sakit pada gigi. Jadi lakukan sewajarnya
saja.
3. Memutihkan Gigi dengan Kulit Oren
Siapa
yang menyangka, kulit oren yang biasa kita buang begitu saja ternyata ada manfaatnya. Kulit oren juga dapat kita gunakan untuk merawat gigi.
Gunakan bahagian dalam kulit oren yang berwarna putih untuk menggosok
gigi kuning anda. Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi akan
menjadi putih secara semulajadi dan cepat.
Hati-hati bagi anda yang memiliki gigi sensitif, kandungan vitamin C
yang terkandung di dalamnya mungkin tidak sesuai untuk jenis gigi anda.
4. Memutihkan Gigi dengan Strawberi
Selain enak dimakan, strawberi juga berkhasiat untuk memutihkan gigi
secara semulajadi. Memakan buah-buahan dan sayuran seperti buah
strawberry, epal, dan saderi juga bermanfaat sebagai bahan semulajadi untuk memutih gigi. Anda makan seperti biasa, dan gigi anda akan menjadi sihat dan putih.
5. Memutihkan Gigi dengan Pes Gigi Semulajadi
Untuk membuat pes gigi tradisional terlebih dahulu kita sediakan daun
salam serta kulit oren. Jemur kedua-duanya sampai kering. Tumbuk
hingga halus lalu tambahkan air dan diadun sampai berbentuk pes. Gunakan
pes gigi semulajadi ini seperti biasa. Ramuan ini berkesan membuatkan gigi kelihatan lebih putih.
6. Memutihkan Gigi dengan Lemon dan Garam
Butlah pes gigi yang dibuat dari bahan semulajadi iaitu dari jus lemon yang ditambahkan dengan sedikit garam. Pasta gigi semulajadi dipercayai dapat membantu memutihkan gigi Anda. Tapi ingat jangan terlalu selalau menggunakannya, kerana garam dapat merosak lapisan gigi.7. Memutihkan gigi dengan baking soda
Tips selanjutnya ialah dengan menggunakan baking soda. Baking soda mampu menghilangkan noda-noda yang ada pada gigi, namun jika terlalu sering digunakan baking soda akan merosak lapisan semulajadi gigi. Oleh karena itu gunakanlah baking soda untuk memutihkan gigi maksimA hanya 1 atau 2 kali dalam sebulan. Memutihkan gigi dengan cara yang satu ini sangatlah mudah. Anda hanya perlu mengoleskan baking soda ke seluruh permukaan gigi dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu beruslah gigi anda dengan pes gigi sampai bersih.8. Memutihkan gigi dengan berhenti merokok
Perlu anda ketahui bahwa rokok mengandung tar dan campuran tembakau yang menjadikan gigi Anda berwarna kuning. Jika Anda benar-benar ingin memutihkan gigi , sebaiknya Anda berhenti merokok mulai dari sekarang. Selain dapat memutihan gigi, merokok juga dapat membuat hidup anda lebih sihat.9. Memutihkan gigi dengan menggunakan biji buah pinang
Biji buah pinang bermanfaat untuk merawat gigi kita. Biji buah pinang diyakini oleh masyarakat dulu dapat membantu dalam memutihkan gigi. Caranya ialah dengan membakar biji buah pinang hingga hangus lalu ditumbuk hingga halus. Lalu gosokan serbuk yang telah halus tersebut ke gigi kita dengan menggunakan kain cotton. Lakukan 2 minggu sekali dan Dan tunggu hasilnya.10. Memutihkan gigi dengan memakan produk susu
Tahukah
anda, beberapa produk susu yang terjual di pasaran seperti keju atau produk tenusu yang lain (yogurt) yang mengandung kalsium yang tinggi akan membantu memutihkan dan menguatkan gigi
kita. Jadi perbanyaklah mengambil makanan yang mengandung kalsium tinggi
terutama susu.
11. Cara yang terakhir iaitu dengan memberus gigi anda secara teratur
Tips terahir, cubalahlah untuk memberus gigi setiap hari 3x, atau minima 2x sehari iaitu ketika bangun tidur, tengahari dan pada malam hari sebelum anda tidur, dan jangan lupa pilihlah berus gigi yang tidak berbahaya untuk gusi anda. Memberus gigi yang baik memerlukan waktu selama 3 menit. Memberus gigi juga tidak perlu dengan kuat kerana dapat merosak gusi anda.
Tuesday, March 25, 2014
4 Petua Meredakan demam pada bayi dan kanak-kanak
Hari ini opah nak bagi petua buat ibubapa yang masih mempunyai anak yang masih bayi atau kecil. Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:
- berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
- berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.
4 Petua Meredakan demam pada bayi dan kanak-kanak
1. Minum Air Kelapa Muda
Minum air kelapa 2 kali sehari sampai panas badan hilang.
2. Bawang Merah
Tumbuk bawang merah dan airnya disapu pada badan anak
Jika mengikut orang-orang lama,air bawang itu campur minyak masak sapu dan di sapukanpada dada dan punggung
3. Asam Jawa
Jika tiba-tiba anak demam kuat, susah nak pi klinik ngan cepat, jaram ngan air jawa
sapu pada ubun2 dan seluruh kepala biaq kering sendiri
lakukan sampai panas hilang
4. Ubi Kayu
ambil sebuku ubi kayu, kupas dan cuci bersih
parut dan parutan tu letakkan kat dahi kanak2
bila kering ganti baru sampai panas hilang
5. Daun Bunga Raya
Daun tersebut diramas sehingga berlendir
lendir itu disampukan di kepala, biar kering sendiri
ulang sampai panas hilang
6. Jelum kepala anak anda selalu dan biarkan kering dengan sendirinya
Lakukan sehingga panas hilang
Monday, March 24, 2014
Petua Cepat Kupas Bawang Putih
Opah nak bagi petua macam mana nak kupas bawang putih dalam kuantiti yang banyak.Biasanya kita kupas banyak-banyak ni masa kenduri kendara. Mestilah banyakkan sebab nak masak tu bukannya sikit, satu juadah satu kawah, jadi jumlah bawang putih yang diguna pun haruslah banyak. Bukan suemua orang rajin nak kupas-kupas bagai ni. Ha... mai opah nak bagi petua macam mana nak kupas dengan cepat dan mudah
1. Ambil sejumlah bawang putih yang diperlukan, pisahkkan ulas demi ulas.
2. Potong bahagian bawah bawah bawang putih yang keras tu
3. Rendam bawang putih selama 5 minit.
4. Kupas klit bawang dengan tangan anda.Maka anda mampu mengupas kulitnya dengan mudah, bahkan hanya dalam satu kali kupasan sahaja
Ha..bagus tak petua ini? Bolehlah nanti tunjuk terer kat kawan-kawan time rewang nanti ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)